Tuesday, 9 May 2017

1. PANDUAN DAN MENDAKI GUNUNG NUANG MAC 2008


Gunung Nuang merupakan gunung yang tertinggi di Selangor iaitu 1493 meter atau 4898 kaki.

Laluan:

a) Pintu gerbang Pejabat Hutan, Pangsun, Hulu Langat ke Base Camp - 4.5km - minimum 1jam 20minit / maksimum 2jam

b) Base Camp ke Kem Lolo - 1km - minimum 15minit / maksimum 30minit

c) Kem Lolo ke Kem Pacat - 3km - minimum 1jam 10minit / 1jam 45minit (pendakian yang mencabar)

d) Kem Pacat ke Puncak Pengasih - 2 km -50minit / 1 jam 30minit  (pendakian yang paling mencabar)

e) Puncak Pengasih ke Puncak Nuang - 1.5km - 35minit / 50minit

Keseluruhan dari Pintu Gerbang hingga Puncak Nuang -  12km - 4jam 10minit / 6jam 35minit

Jika anda ingin mendaki Gunung Nuang adalah disarankan supaya anda bermalam di Kem Lolo. Kemudian keesokan hari pada pukul 7.00pagi anda boleh memulakan pendakian ke Puncak Nuang. Anda dijangka sampai di puncak pada pukul 10.00pg hingga 11.00pg. Setelah satu jam berada di atas anda boleh turun ke Kem Lolo dan dijangka sampai pada pukul 1.30 tgh hari hingga 2.30ptg. Anda boleh lagi berehat, mandi, solat dan makan sebelum berkemas untuk turun ke bawah. Jika anda turun pada pukul 4.00ptg bererti anda boleh sampai di bawah kira-kira pukul 6.00ptg.

Selamat mendaki dan pastinya sangat mengembirakan anda terutama semasa memasang khemah dan memasak untuk makan malam. Dan seribu macam kenangan seperti kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta"

Mendaki gunung memang meletihkan tetapi ia sangat baik untuk kesihatan kita.

Bagi mereka yang aktif bersukan termasuk mendaki gunung masih tidak berani untuk mengatakan mereka sihat, apa tah lagi bagi mereka yang langsung tidak aktif, adakah mereka boleh jamin bahawa mereka sihat. Tepuk dada tanyalah selera anda.











No comments:

Post a Comment