Meneroka Gunung Tok Wan Bersama Staf IPPM, Penjara Seremban dan Penjara Jelebu Ogos 2009
Saya mula aktif mendaki gunung bermula pada bulan Disember 2008. Antara gunung yang pernah didaki ialah seperti Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Nuang, Gunung Buah, Gunung Brincang, Gunung Irau, Gunung Ledang, Gunung Tahan, Gunung Mat Cincang, Gunung Kinabalu, Gunung Santubong, Gunung Serapi, Bukit Bendera dan Bukit Broga.
Setelah mendaki beberapa gunung terlintas dalam fikiran untuk meneroka gunung baru yang berdekatan dengan Semenyih. Satu hari semasa mendaki Bukit Broga saya ternampak masih ada kawasan atau tanah yang lebih tinggi berada di belakang Bukit Broga.
Pada 25 Julai 2009, satu pasukan terdiri daripada staf penjara termasuk anak saya Wan Fahmi mula meneroka dengan membawa peralatan seperti parang, pisau, tali, ubatan dan lain-lain. Saya tidak dapat sertai kerana berada di Sabah. Pasukan itu telah berjaya meneroka separuh dari jarak ke puncak.
Pada 1 Ogos 2009, saya dan pasukan yang sama menyambung penerokaan. Setelah 6 jam kerja-kerja meneroka dijalankan akhirnya kami sampai di puncak setelah melalui tiga bukit.
Sebaiknya sampai kami berehat seketika. Kemudian kami berbincang apakah nama gunung ini. Akhirnya kami bersetuju dengan nama Gunung Tok Wan. Kerja-kerja pembersihan dibuat dan nama Gunung Tok Wan diukir di sebatang pokok oleh kpl Borhan.





No comments:
Post a Comment